Powered By Blogger

Saturday, May 7, 2011

MALAM YG PANJANG

tatkala org lain dibuai mimpi yg indah..lena tanpa sedar..aku masih lagi termenung keseorangan..mengenang nasib diri..yang seakan berada dipenghujungnya..aku bertafakur diatas tikar sejadah..mengadu nasib padu Yang Maha Mendengar..ketika saat insan lain melafazkan ungkapan Selamat Hari Ibu..aku hanya mampu untuk menyedekahkan alfatihah buat arwah ibuku yang tercinta..aku juga seperti insan lain..yang dahagakan kasih dan sayang dari seorang insan yang bergelar ibu..tetapi Allah lebih menyayanginya..aku redha dengan pemergiannya..aku terlalu rindukannnya..sehinggakan airmata aku menitis tanpa sedar..aku tatapi semula potret wajahnya..yang mana pernah mengajar aku erti kehidupan..untuk menjadi sebagai seorang manusia..disaat aku merasakan diriku terbuang diatas kerakusan aku mengejar erti cinta..aku mulai sedar yang cinta tidak akan hadir jika diri kita tidak sempurna untuk mencintai insan lain..hanya cinta kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang hakiki..Tuhan telah menjadikan manusia mempunyai akal dan fikiran..serta hati untuk menafsir segal perilaku manusia untuk dijadikan sebagai petunjuk dan pedoman..aku lebih rela menulis sebegini untuk melegakan segala kekusutan yang hadir dan dugaan yang timbul di benak fikiranku..aku mulai rasa kehilangan setelah cacian dan makian yang aku terima diatas sikap aku ini..aku seorang lelaki memiliki egonya yang tersendiri..seteguh mana pun ego seorang lelaki..mesti akan tewas dengan kehadiran seorang onsan yang bergelar wanita..airmata wanita merupakan senjata ynag terkuat yang mereka miliki..hati mereka akan menjadi sekeras kerikil yang tidak akan mungkin dihakis oleh ombak..mereka akan membuat keputusan yang mereka akan anggap sebagai keputusan terakhir mereka didalam menegakkan pendirian mereka..aku kagum mengenai sikap itu..kadangkala sikap yang mereka ingin tegakkan mungkin membawa kepada keksalan terhadap diri mereka sendiri..aku dahagakan kasih daripada seorang insan yang bergelar sahabat..mengapa aku tidak menghargainya ketika dia berada disisi aku..aku bodoh..buta hati..aku seakan tidak layak untuk hadir lagi didalam hati mereka..didalam pandangan mereka..walaupun sebagai kawan..diatas sikap aku yang degil dan keras kepala..inilah balasan yang patut aku terima diatas sikap egois aku..aku merasai kehilangan tatkala dia mulai jauh dari aku..aku mula merapatkan diri diatas tikar sejadah..menadah tangan..memohon doa agar aku diberikan petunjuk dan jalan yang benar didalam menjalinkan perhubungan..hubungan yang aku rasakan mampu mendatangkan kebaikan..yang mampu untuk membantu aku untuk terus berada diatas landasan yang betul..yang mampu untuk menjadi pendorong dan suntikan untuk aku terus berjuang didalam kehidupan..mungkin dia tidak ditakdirkan untuk aku..aku redha dengan pemergian dia dari hidup aku..dan aku amat berterima kasih diatas kebahagiaan yang pernah dicurahkan kepada aku walaupun ianya tidak kekal lama..terima kasih FDS..kenangan yang pernah ada diantara kita tak akan mungkin dapat aku lupakan..dan aku berharap kau dapat terus menjadi sahabat aku untuk selama-lamanya..betul kata- kata pepatah..teman gembira senang dicari..teman bersedih sukar didapati..aku seakan serik untuk mengatakan mengenai soal cinta..hati dan perasaan..kadangkala kesunyian itu sendiri memaksa kau untuk mengingatinya semula..namun aku akan terus cuba mengejar cinta itu sendiri..dengan cara aku yang sendiri..kalau bukan kamu..mesti dia..disaat kamu sedang membaca warkah ini..aku tetap setia menanti untuk menjadi semula sahabat kamu..dan apa jua rintangan yang bakal aku hadapi..aku sedia menantinya..aku sedia mengharunginya..aku tahu diri kamu masih lagi bertekateki mengenai soal sahabat ataupun kawan diatas sikap insan yang bergelar seorang lelaki setelah sekian lama kamu menghadapi pelbagai onak dan duri ketika bersamanya..aku mahu kamu ingat bahawa aku tak akan membiarkan airmata kamu berlinang lagi..sebagai seorang sahabat dan juga sebagai seorang kawan..aku sentiasa ada untuk kamu disaat susah dan senang kamu..aku hanya menginginkan persahabatan kita yang lama..aku tidak mahu lagi mengeruhkan semula keadaan dengan sikap aku..maafkan aku..aku berjanji untuk tidak mengulanginya semula..cukuplah..aku hanya sekadar ingin menjadi sahabat kamu..fahamilah niat hati ku ini..maafkan aku..dan aku sentiasa mahu kamu ingat yang aku sentiasa memaafkan kamu sahabat..

No comments:

Post a Comment